Isnin, 16 Disember 2013

majlis perkahwinan Nurul & Din

sabtu 21 Dec 2013
kali ini kami diberi peluang merakamkan majlis perkahwinan Nurul & Din 

Nurul Pernah mengalami kegagalan dalam ikatan perkahwinan terdahulu telah dikurniakan dua putra
Bagaimanapun, pencariannya untuk mencari jejaka yang sesuai sebagai teman hidupnya menemui titik noktah apabila dia memilih seorang angota TUDM Tuan Khidirudin Bin Tuan Mud dengan Panggilan Pok Din oleh Nurul sebagai suami.
Kalau diimbas tentang perkenalan Nurul 28 dengan Din 30. tentang jalinkan cinta mereka,
Hanya mengambil masa selama lima bulan untuk mengenali hati budi masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk bertunang pada tahun lalu dan kini pasangan tersebut sah bergelar suami isteri.
Berkesempatan bertemu dengan pasangan pengantih baharu itu semasa majlis akad nikah mereka,di Masjid umar Ibnu Al-Khattap Bayan Baru Pulau Pinang, Nurul meluahkan rasa syukurnya apabila hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang dicintai akhirnya terlaksana.
 Juru Nikah mereka ialah Hj Fuad Bin Abdul Hamid iman Masjid umar Ibnu Al-Khattap Bayan Baru Pulau Pinang, Nurul juga amat terharu diatas restu kedua ibu bapanya Hj.Mustapa dan Hjh. Sharifah, dan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang memeriahkan majlisnya.





Tok kadhi memulakan majlis akad dengan membaca khutbah nikah -  dengar betul2 


"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dengan sekali lafaz sahaja Nurul bergelar isteri kepada Pok Din.







Nurul mengelap air matanya dengan tisu. . Tidak dapat menahan sebak bila bersalaman dengan Mama nya Pn.Hjh. Sharifah  dia menerima hakikat dan kenyataan bahawa telah sah menjadi Isteri kepada Din 




















     Masih ramai tetamu yang datang tapi Mama hahaha...tidak melepaskan peluang    bergambar dengan pengantin











Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada Nurul & Din yang baru melangsungkan perkahwinan mereka. Terima kasih atas kerjasama kedua pengantin dan kepercayaan yang diberikan kepada fotografer kami merakamkan detik-detik bersesarah mereka..  Terima kasih juga kepada ibubapa dan keluarga pengantin yang sangat memberikan kerjasama. Penghargaan kepada semua tenaga kerja yang terlibat..